Monday, July 9, 2012

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar. Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya. Jika kita di Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti. Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut. Menambahkan tahan ketahanan dalam badan Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. Keseimbangan PH Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. Membantu masalah mengurangkan berat badan Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. Masalah penghadaman Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. Pembersihan air kencing Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. Kulit cerah dan bersih Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. Mengelakkan dehidrasi Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Wednesday, November 23, 2011

BENCI

Pernah sahabat-sahabat merasakan benci pada seseorang? Bagaimana rasa di hati sahabat? Lebih tenang atau sebaliknya? Benci ini adalah salah satu penyakit hati yang tidak dapat memberi ketenangan pada jiwa dan diri. Terdetik rasa bersalah dan keegoan yang membinasakan. Terasa hati di selubungi rasa kebusukan atas satu perasaan bernama BENCI. Tidak dapat memandang wajah pada yang di benci kerana rasa bagai terlalu sakit menusuk hati. Lihatlah betapa KEBENCIAN itu dapat meruntuhkan ukhwah. Jadi mengapa masih membenci? Biarkan yang berlalu terus berlalu. Pandanglah ke hadapan dengan hati yang menjurus kearah ketenangan dan kebahagiaan. Tiada untungnya membenci saudara sendiri. Kita semua adalah sama di ciptakan Allah S.W.T cuma yang membezakan adalah ketaqwaan kepada-Nya. Bersama-sama lah kita menyucikan hati dari persaan BENCI yang akhirnya memakan diri sendiri. Tempias busuknya rasa benci itu akan terus menghantui diri jika tiada ubatnya.

Teringat pada kata-kata seorang insan yang sering mentarbiyah diri ini:

"Hilangkan rasa benci dari hatimu...akan kamu rasa ketenangan yang tiada hujungnya...maafkan dia..."

Apabila kata MAAF terungkap dibibir yang menterjemah rasa dari hati. Ketenangan datang menusuk segenap sanubari. Terasa bagai terlepas satu bebanan yang amat berat yang dipikul selama ini. Indahnya kata MAAF. Wangian yang menyerbu segala pelusuk nurani. Terasa bahagia hidup atas kata MAAF. Memaafkan begitu memberi kesan yang mendalam. Bukan ketandusan senyuman dan kemakmuran bahkan kemenangan atas segala unsur kebahagiaan dan ketenangan. Itulah manisnya nikmat KEMAAFAN. Seringkali kita mendengar "sedangkan nabi ampunkan umat", tapi pernahkah kita terfikir nikmat KEMAAFAN itu? Murninya hati si pemaaf. Allah S.W.T adalah Yang Maha Pengampun seperti yang berfirman :

"Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."-Al-Maidah(5):39

dan terbukti nikmat kemaafan itu seperti yang termaktub dalam Al-Quran :

"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim."-Asy-syura(42):40

Friday, October 14, 2011

10 Alasan Paling Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!

Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.

Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami...

Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.

Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...

Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lapak la dulu. Jangan ambil nyawa aku dulu..."

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Islam itu mudah. Islam itu indah. Jangan jadi manusia yang bodoh sombong kepada Tuhannya...

http://lunalanun.blogspot.com

Thursday, October 13, 2011

Kempen Wear It Right (WIR)



Mengapa Harus Menutup Aurat




Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.

Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.

Seorang penyair berkata:

"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.

Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.

Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.

Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.

Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.

Sudahkah anda berhijab?

Kebenaran hanya milik Allah.

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, October 12, 2011

Ada orang bengang dengan Saya


sedih sangat bila ada org benggang dgn aku bile ditegur cara pemakaian...aku tegur bukan benda yg tak baik..walaupun kite muda @ tua...kenalah sentiasa beringat...jangan dah tua baru nak berubah...aku tau aku pun tak sempurna..tp aku cuba berubah & terus berubah demi Allah...

skang aku? tgk cara-cara orang melayu+islam berpakaian dah mcm-mcm fesyen...kadang2 sampai x kenal dah anak melayu islam atau anak bangsa lain...bersinglet...bermini skirt..bersuar pendek..tudung jangan cakap...rambut plak dah berwarna warni..haih..haih..

wahai org2 melayu...dunia dah semakin tenat..berubah le..lagi2 perempuan...kalo belum berkahwin...ibu bapa kita yang menanggung segala dosa yang kita buat...kalo sudah berkahwin...suami kita pulak yang menanggungnye...

tak sayang ke kepada ibu bapa kita?...tak sayang pada suami kita?...

so cukup le setakat ini...berubah le..kalo bukan untuk org lain tp utk diri sendiri